Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN......17 SEPT

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada pagi 17 September, sehari sebelum sekolah bercuti untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan disertai oleh semua guru serta semua murid Tahun 6.

Bacaan dari Mohd Firdaus, Tahun 6 J.

Sebahagian pelajar Tahun 6.

Pelajar perempuan Tahun 6.

Guru Besar turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran

Sebahagian guru wanita yang menyertai majlis.

Majlis sumbangan untuk pelajar miskin diadakan selepas majlis Khatam Al-Quran.

Guru Besar menyampaikan sumbangan.

Semua pelajar SKLK menghadiri majlis di kantin sekolah.

Sebahagian pelajar SKLK semasa majlis sumbangan untuk pelajar miskin dan anak yatim.

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA....JUMAAT CUTI..


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua guru-guru, kakitangan dan pelajar sekolah ini serta juga bekas pelajar yang tidak dilupai.Tentunya tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung laman blog SKLK ini.
Maaf zahir dan batin
Selamat bercuti dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman akan selamat hendaknya.
Berhati-hati di jalanraya sempena musim perayaan ini.

Wednesday, September 9, 2009

RABU.....9 SEPT..HARI KEDUA UPSR

Hari ini, 9 September, hanya kertas Matematik 1 sahaja diadakan. Kelas habis awal, sebelum pukul 10 pagi. Kelas Bahasa Inggeris diadakan sejurus selepas itu pada pukul 10 hingga 12 tengahari manakala pada pukul 12 tengahari hingga 2 petang, kelas Sains pula diadakan. Memang agak meletihkan bagi sebahagian pelajar tetapi inilah pengorbanan yang perlu dibayar untuk satu kejayaan.

Murid Tahun 6J sedang tekun menjawab soalan.

Beratur sebelum masuk ke bilik peperiksaan.

Sebelum itu, Puan Hasniza mengambil suhu pelajar.


Peralatan untuk mengambil suhu pelajar untuk elakkan jangkitan H1N1.

Tuesday, September 8, 2009

SELASA 8 SEPT....HARI PEPERIKSAAN UPSR


Hari ini, 8 September 2009, hari peperiksaan UPSR. Ada yang kelihatan gementar dan ada yang kelihatan bersahaja dan ceria, seolah-olah hari ini adalah hari seperti hari-hari yang dilalui seperti biasa.

Ramai pelajar merungut kerana soalan pemahaman yang dikatakan susah. Walaubagaimanapun, perjuangan mesti diteruskan.

Teruskan usaha!


Suhu pelajar diambil sebelum ke dewan peperiksaan.

Puan Monazawati memeriksa suhu pelajar.

Bagi Tahun 6J, perjuangan tetap diteruskan selepas peperiksaan pertama.

Friday, September 4, 2009

UPSR.....SEMOGA BERJAYA

Peperiksaan UPSR 2009 akan bermula pada hari Selasa, 8 September 2009. Diharap semua pelajar dapat menjawab sebaik mungkin untuk mempertingkatkan prestasi sekolah. Secara umumnya, adalah dirasakan prestasi pelajar pada tahun lebih baik dan memuaskan.

Adakah sasaran 10 pelajar 5A akan tercapai? Untuk merungkaikan perkara ini, kadang-kadang sifatnya agak abstrak. Kekadang, bergantung juga kepada aras kesukaran soalan yang keluar. Bagi guru yang berpengalaman, peratusannya boleh dijangka, berdasarkan keupayaan pelajar dan aras kesukaran soalan yang keluar.

Walaubagaimanapun, selamat berjaya kepada semua pelajar. Segala senjata sudah diberikan, segala ilmu tempur telah diajar, segala pertahanan telah diperturunkan, terpulang kepada pelajar untuk meneruskan perjuangan.

Selamat berjaya.

Taklimat terakhir daripada En Khozari.

Pn Norazura membantu dalam penyediaan name tag pelajar.

Persediaan terakhir terus dibuat.

Teknik untuk menjawab terus diberikan pada sesi akhir sebelum UPSR.
Semoga berjaya dalam peperiksaan.
. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute