Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada pukul 10 pagi tadi. Keputusan amat memberangsangkan dengan peningkatan peratus bilangan pelajar yang mendapat 5A dan peratus kelulusan keseluruhan iaitu 73%.

Lihat sebelah untuk senarai pelajar cemerlang.



Pelajar Tahun 6 menanti keputusan.

SU Peperiksaan, En Mahadi, Ust Abd Rahman dan Cikgu Azman menyampaikan keputusan.

Seorang pelajar menerima keputusan.

Mohd Arif, calon harapan yang mendapat 5A.

Mohd Arif Hanif, 5A

Muhammad Zulhairie, 5A

Muhamad Firdaus, 5A.


Nurul Syifa, 5A.

Seorang lagi yang mendapat 5A adalah Nur Najihah bt Amran (tiada dalam gambar)

Wednesday, November 18, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009 telah diadakan pada hari Sabtu, 14 November yang lepas. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Datuk Hj Abu Bakar.

Persembahan nasyid sebelum majlis perasmian.

Sebahagian pelajar Tahun 1 yang membuat persembahan Dikir Puteri.

Majlis turut disertakan dengan Konvokesyen Pra Sekolah.

Sebahagian waris pelajar yang datang.

Pelajar yang menerima hadiah ditempatkan dalam satu kelas.

Jawatankuasa makanan sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan.


Sebahagian guru yang hadir.

PERSEDIAAN RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG

Raptai Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada hari Jumaat. Walaubagaimanapun, persediaan dimulakan sejak hari Khamis bagi menyiapkan pentas dan juga acara raptai persembahan pelajar.

Cikgu Yahaya dan Cikgu Noreha masih berbincang tentang konsep pentas.


Pelajar yang membuat persembahan ditempatkan di Wakaf Minda.

Persediaan terakhir sambil dibantu pelajar.

Sebahagian pelajar yang menghadiri raptai.

MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA

Majlis Penutup Bulan Bahasa 2009 telah diadakan pada hari Rabu, 11. 11. 2009 yang lalu. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yahaya Mohamad.

Cikgu Yahaya menyampaikan ucapan.

Sebahagian pelajar yang memenuhi dewan.

Puan Hasniza turut diundang menyampaikan hadiah.

Puan Zuridah menyampaikan hadiah kepada pelajar.

Wednesday, November 11, 2009

LAWATAN KE TAMBUN DAN CAMERON HIGHLANDS

Sebahagian pelajar Tahun 6 dan Tahun 5 telah menyertai lawatan ke Tambun Lost World dan Cameroon Highlands pada 4 dan 5 November yang lepas.

( date error.....camera setting salah )



LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

Pada 3 Noveember lepas, pelajar Tahun 6 telah mengikuti program Latihan Kecemasan dan Kebakaran yang meliputi teori dan praktikal.

Latihan disampaikan oleh Pihak Pertahanan Awam.

Wakil Pertahanan Awam menyampaikan ceramah.

Demonstrasi memadamkan api.

Pelajar Tahun 6 juga berpeluang menyertai demonstrasi.

Latihan memadam oleh Cikgu Zainabi.

Tuesday, November 3, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN

Majlis Jamuan Akhir Tahun dan juga sebagai meraikan Cikgu Hassan yang akan bersara dari dunia pendidikan telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kompleks Datuk Kailan, Kepala Batas pada hari Isnin, 2 November yang lepas.

Selain daripada ucapan Penolong Kanan, Cikgu Hassan dan juga pengerusi majlis yang merangkap pengerusi Badan Kebajikan Guru, diadakan juga acara cabutan bertuah.Selamat bersara kepada Cikgu Hassan.....bermula 25 November 2009 ini.


Bersiap sedia sebelum makan.

Pengerusi BKS, Ust Abd Rahman membuat cabutan bertuah. Dia bernasib malang kerana tidak mendapat apa-apa hadiah.

Pn Rafidah lebih gemar makan ulam.

Pakar dalam pemakanan, Cikgu Sharulhafiza.

Cikgu Hassan, insan yang diraikan di sebelah Cikgu Yahaya.

Cikgu Hasniza dengan Cikgu Faezah memberi fokus utama kepada bahan makanan.

Cikgu Norhaniza, mengendalikan acara cabutan bertuah walaupun dia sendiri bernasib malang.

Acara utama, makan.

Diharap berhati-hati semasa makan, supaya tidak tercekik.

Antara pemenang cabutan bertuah, Cikgu Fauziah.

Cikgu Jamil juga pemenang cabutan bertuah.
. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute