Tuesday, August 3, 2010

LAWATAN PERKEMBANGAN STAFF 2010

Lawatan Perkembangan Staff telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Julai yang lepas yang melibatkan hampir kesemua guru dan staf SKLK termasuk Cikgu Hassan yang sudi untuk bersama walaupun telah bersara.

Destinasi lawatan ialah Muzium Padi, Kilang HPA dan Padang Besar.

Beberapa orang guru dan staf mengambil peluang untuk bersarapan sebelum bas tiba.

Suasana dalam bas semasa perjalanan. Semua senyum memikirkan apa yang hendak dibeli di Padang Besar nanti.

Perjalanan ke pintu masuk Muzium Padi.

Muzium Padi. Kedah.

Cikgu Azli dan Cikgu Safri menikmati pemandangan indah di menara atas Muzium Padi.

Masih lagi guru lelaki yang menimba ilmu di Muzium Padi.

Cikgu Safri menghayati keindahan pemandangan dalam Muzium Padi.


Kilang HPA Industries, milik bumiputra sepenuhnya.

Ini bukan penyamun tetapi inilah yang terpaksa dilalui dalam proses lawatan ke dalam kilang supaya ubat-ubatan yang dihasilkan tidak terjejas.

Cikgu Mahadi dan Ustaz Abd Rahman dihadapan ribuan kotak kopi RADIX keluaran HPA.
'mai secawan'

Proses pembungkusan kopi RADIX yang didedahkan kepada peserta-peserta lawatan.
Manakala acara selepas lawatan ke kilang HPA adalah membeli-belah di Padang Besar.
( maaf! gambar semasa membeli-belah di Padang Besar tidak dapat disiarkan kerana guru-guru, terutama guru perempuan tidak dapat dikesan semasa membeli-belah, harap maklum )

. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute