Friday, May 28, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Pada hari Jumaat, 21 Mei 2010 yang lalu, sambutan Hari Guru telah diadakan di peringkat sekolah. Pelbagai acara sukan dan pentas telah diadakan yang melibatkan guru dan murid.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru warga SKLK.


Suasana sambutan di dewan SKLK.

En Azmi memotong kek sempena Hari Guru.

Acara permainan bola jaring antara guru wanita dengan pasukan sekolah bawah 12 tahun yang berkeputusan pasukan guru menang dengan 6 - 2.

Acara permainan kerusi berirama. Cikgu Syarulfafiza cuba menampilkan gaya terkini.

Sebahagian peserta dalam acara kerusi beirama.

Pertembungan akhir antara Ust. Azura dengan Cikgu Fauziah, manakala Cikgu Syarulhafiza yang awal-awal lagi terkeluar masih cuba untuk menampilkan gaya terkini.

Belon tu penuh berisi air. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Ust Azura manakala Syarulhafiza tidak lagi dibenarkan menampilkan gaya terkini beliau.


GOTONG-ROYONG PERDANA 2010

Pada 15 Mei 2010 yang lepas, SKLK bersama seluruh sekolah di Malaysia turut serta dalam Program Gotong-royong Perdana.

Sebahagian pelajar yang terlibat dalam gotong-royong.

Cikgu Yahaya bertungkus-lumus mengetuk papan.

Antara pelajar yang sangat rajin membantu.

Jamuan selepas gotong-royong.


. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute