Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada pagi tadi, jam 10.00 pagi. Seramai 3 pelajar Tahun 6 berjaya mendapatkan 5A iaitu;

1. Muhamad Afif bin Azemi
2. Muhamad Adham bin Azman
3. Nur Shamimi bt Ishak

Jumlah ini berkurangan jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu 5 orang. Manakala 4 pelajar mendapat 4A 1B dan dua pelajar mendapat 3A 2B.

Guru Besar bersama pelajar yang mendapat 5A.

Muhammad Afif bin Azemi, 5A.

Nur Shamimi bt Ishak, 5A.

Muhamad Adham bin Azman, 5A.

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN KE KEDAH DARUL AMAN

Pada 4 November 2010 yang lepas, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Kedah Darul Aman. Lawatan diikuti seramai lebih 70 orang pelajar dan 7 orang guru dengan menaiki dua buah bas.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang melanda Alor Setar pada hari tersebut sedikit merencatkan acara lawatan. Jalan menghala ke Pusat Sains Wilayah Utara dan Muzium Padi telah ditutup menyebabkan semua kenderaan terkandas dan lawatan ke tempat tersebut dibatalkan.

Keceriaan dapat dilihat diwajah setiap pelajar terutama bila berhadapan dengan suasana banjir yang belum pernah ditempuhi.

Berbaris sebelum lawatan.

Melihat suasana banjir di hadapan stadium.

Air sudah naik pada waktu tengahari.

Sebuah sekolah ditenggelami air banjir.

Perjalanan merentasi banjir.

Sebahagian anggota rombongan berlatarbelakangkan banjir.

Cikgu Azman mengawal pelajar supaya tidak ada yang tertinggal.

Suasana dalam rumah lama Dr Mahathir.


Lawatan ke rumah bekas Perdana MenteriDr Mahathir.

Sebahagian pelajar di hadapan rumah Dr Mahathir.

Jelitawan SKLK sedang beraksi di tangga halaman rumah Dr Mahathir.

. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute