Thursday, April 28, 2011

BANGUNAN BARU SUDAH MULA DIGUNAKAN

Mulai 27 April 2011, bangunan baru dengan rasminya sudah mula boleh digunakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Mensyuarat pelarasan akan dijalankan pada hari Jumaat, 29 April manakala kelas-kelas yang terlibat akan mula menggunakan kelas di bangunan baru bermula hari Selasa, 2 Mei nanti.

Gambar akan menyusul.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2011

Perkhemahan kokurikulum 2011 telah diadakan pada 22 April hingga 23 April yang lepas yang melibatkan semua pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah;

1. Demontrasi teknik mendirikan khemah
2. Bacaan Yassin
3. Ceramah Agama
4. Ceramah motivasi
5. Sembahyang berjemaah
6. Acara merentas desa
7. Treasure Hunt


Gambar akan menyusul.

Tuesday, April 12, 2011

SKLK DI WEB IPPT, USM


Berita Program Pendidikan Kesihatan Gigi yang dijalankan di SKLK oleh Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM kini boleh dilihat melalui laman web IPPT, USM.

Lihat berita tersebut di

http://www.amdi.usm.edu.my/NewsArchive/tabid/1096/novusact/viewarticle/articleid/50/Default.aspx


Sunday, February 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Kehadiran Perasmi dari AMBANK.

Tetamu Kehormat.

Barisan AJK lama.

YDP PIBG, Puan Asmawati



Mesyaurat Agung PIBG SK Lahar Kepar telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Februari yang lepas.

Berikut adalah Jawatankuasa PIBG yang baru:

Yang Dipertua: Puan Asmawati
Naib Yang Dipertua: En Sanusi
Setiausaha: Puan Syarulhafiza
Bendahari: Puan Rafidah bt Yusofi


AJK:

Wakil guru:
En Azman
En Safri
Puan Fauziah
Puan Nurhaniza
Puan Hasnah
En Nurhalim

Wakil waris:
Puan Fauziah Othman
Puan Rosmalinda
En Amir
Puan Che Puan Ahmad

Juruuadit:
En Shuhaimi
En Zaidi


PROGRAM KESIHATAN GIGI

Aktiviti soal-jawab tentang pergigian.

Program dijalankan di dewan sekolah.

Doktor dari Institut Pergigian Termaju, USM cawangan Kepala Batas.


Program Ceramah Kesihatan Gigi telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Februari yang lepas. Program ini dikendalikan oleh dua orang doktor dari Pusat Pergigian Termaju. USM Kepala Batas.

Friday, February 25, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Pada hari Sabtu, 19 Februari yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan, persembahan pelajar dan guru serta ceramah khas sempena sambutan Maulidul Rasul.

Pelajar berbaris sebelum perarakan dijalankan.

Pelajar bersedia untu berarak.

Perarakan melalui jalan besar Lahar Kepar berhampiran masjid.

Semua pelajar bersemangat untuk menyertai perarakan.

Persembahan daripada pelajar.

Ceramah khas daripada jemutan khas.

Persembahan daripada guru SKLK.


Saturday, January 29, 2011

SELAMAT BERSARA, PN ZURIDAH

Majlis meraikan Cikgu Zuridah yang bersara pada 27 Januari yang lalu berlangsung dengan penuh kemeriahan dan amat bermakna.

SKLK kehilangan seorang guru yang berwibawa, sangat penyayang, rakan sekerja yang sangat membantu dan seorang insan yang sangat istimewa.

Kepada Cikgu Zuridah, selamat bersara.

Cikgu Zuridah anggun berpakaian serba ungu.

En Azmi menyampaikan ucapan di hadapan semua pelajar SKLK.

Pelajar pra turut menyertai majlis ini.

Antara guru dan pelajar di majlis persaraan Cikgu Zuridah.

Cikgu Zuridah menyampaikan ucapan terakhir di SKLK.

Jamuan istimewa disediakan semasa majlis berhenti rehat.

Nyanyian dari pelajar Tahun 5.

Menerima cenderamata dari Cikgu Fadzilah.

Ucapan perpisahan dari seorang pelajar.

Kereta istimewa untuk membawa Cikgu Zuridah pulang.

Perjalanan terakhir seorang guru.

Pelukan istimewa dari Ustazah Rosmaria.

Sedia untuk masuk ke kereta meninggalkan SKLK.

Ucapan selamat tinggal dari pelajar SKLK.

Cikgu Zuridah meninggalkan SKLK.


Guru Besar dan Cikgu Hasnah turut menghantar Cikgu Zuridah pulang.

Suasana selepas kepulangan Cikgu Zuridah.


MAJLIS LANTIKAN PENGAWAS 2011

Majlis Perlantikan Pengawas 2011 telah diadakan pada 24 Jan yang lepas dan watikah perlantikan disampaikan oleh Kopral Sabri dari IPD Kepala Batas.

Ketua Pengawas, Nur Athirah sedang membacakan ikrar.

Koperal Sabri sedang menyampaikan ucapan.

Koperal Sabri menyempurnakan watikan perlantikan kepada pengawas 2011.


Friday, January 21, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA WARIS TAHUN 6

Sebahagian waris yang hadir.

Guru Besar, Azmi menyampaikan ucapan.

Pada 14 Januari 2011 yang lepas, telah diadakan perjumpaan bersama waris Tahun 6 dan pihak pentadbir serta guru-guru yang mengajar Tahun 6.
Semoga perbincangan bersama ini akan mengukuhkah kerjasama antara pihka sekolah dan waris pelajar demi kemajuan bersama.

Monday, January 3, 2011

TOKOH MURID 2010

Shamimi Ishak, Muhd Afif Azemi dan Athirah Tahir telah dipilih sebagai tokoh pelajar SKLK bagi tahun 2010.


Tokoh pelajar 2010. Tahniah.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Hari Anugerah Cemerlang SKLK telah diadakan pada 13 November yang lepas sebagai menghargai kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Dewan baru sekolah sedia untuk digunakan.
Kehadiran perasmi, wakil daripada Pengurus Besar Bank Rakyat.

Sebahagian tatamu kehormat dan waris pelajar.

Guru Besar, En Azmi sedang menyampaikan ucapan.

Peserta yang mengambil bahagian dalam persembahan.

Persembahan dari pelajar SKLK.

Para waris yang hadir.

. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute