Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada pagi tadi, jam 10.00 pagi. Seramai 3 pelajar Tahun 6 berjaya mendapatkan 5A iaitu;

1. Muhamad Afif bin Azemi
2. Muhamad Adham bin Azman
3. Nur Shamimi bt Ishak

Jumlah ini berkurangan jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu 5 orang. Manakala 4 pelajar mendapat 4A 1B dan dua pelajar mendapat 3A 2B.

Guru Besar bersama pelajar yang mendapat 5A.

Muhammad Afif bin Azemi, 5A.

Nur Shamimi bt Ishak, 5A.

Muhamad Adham bin Azman, 5A.

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN KE KEDAH DARUL AMAN

Pada 4 November 2010 yang lepas, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Kedah Darul Aman. Lawatan diikuti seramai lebih 70 orang pelajar dan 7 orang guru dengan menaiki dua buah bas.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang melanda Alor Setar pada hari tersebut sedikit merencatkan acara lawatan. Jalan menghala ke Pusat Sains Wilayah Utara dan Muzium Padi telah ditutup menyebabkan semua kenderaan terkandas dan lawatan ke tempat tersebut dibatalkan.

Keceriaan dapat dilihat diwajah setiap pelajar terutama bila berhadapan dengan suasana banjir yang belum pernah ditempuhi.

Berbaris sebelum lawatan.

Melihat suasana banjir di hadapan stadium.

Air sudah naik pada waktu tengahari.

Sebuah sekolah ditenggelami air banjir.

Perjalanan merentasi banjir.

Sebahagian anggota rombongan berlatarbelakangkan banjir.

Cikgu Azman mengawal pelajar supaya tidak ada yang tertinggal.

Suasana dalam rumah lama Dr Mahathir.


Lawatan ke rumah bekas Perdana MenteriDr Mahathir.

Sebahagian pelajar di hadapan rumah Dr Mahathir.

Jelitawan SKLK sedang beraksi di tangga halaman rumah Dr Mahathir.

Sunday, October 24, 2010

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada 16, 17 dan 18 Okt 2010 yang lepas, Persatuan KRS dan Puteri Islam menganjurkan lawatan ke Kuala Lumpur. Seramai 72 pelajar dan 8 orang guru pengiring menyertai lawatan ini.

Antara destinasi lawatan ialah Masjid Negara, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Muzium Negara, Pasar Seni serta menaiki Monorel KLCC ke KL Sentral.










HARI KOKURIKULUM 2010

Hari Ko-kurikulum, Hari Kantin dan Hari Kanak-kanak diadakan serentak pada hari Sabtu, 9 Oktober yang lalu. Sambutan yang diberikan oleh pelajar dan waris serta penduduk kampung sangat menggalakkan.

Suasana sibuk di gerai.

Senaman ringan sebelum merentas desa.

Sebahagian pelajar dalam aktiviti merentas desa.

Pelajar Tahap 1 terlibat dalam pertandingan mewarna.

Pameran kereta bomba menarik perhatian ramai.

Sebahagian pelajar dan waris di dewan sekolah.

Aktiviti kuiz dari Agensi Dadah Kebangsaan.

Pelajar tidak melepaskan peluang menaiki kereta bomba.

Demonstrasi memadamkan api oleh pihak bomba.

Pameran dari Pejabat Kesihatan tentang Denggi.

Peniaga tak menang tangan melayan pembeli.

Sebahagian bekas pelajar yang hadir bersama Cikgu Mahadi.

AKTIVITI KOKURIKULUM DAN AIDILFITRI

Pada 29 Sept 2010 lepas, jamuan sempena aidilfitri diadakan sebagai aktiviti ko-kurikulum. Semua guru dan pelajar Tahap 2 seronok menikmati jamuan yang disediakan.


Cikgu Ya dengan Cikgu Shuhaimi menikmati hidangan.

Sebab tu kek yang saya makan bengkok je, ni ke rupanya.


Thursday, September 23, 2010

UPSR 2010: SEMOGA CEMERLANG

Peperiksaan UPSR 2010 telah dijalankan pada 21 September hingga 23 September. Semua persediaan telah dibuat bagi mencapai sasaran kecemerlangan pada tahun ini.


Cikgu Safri memberi arahan kepada semua pelajar sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Semua pelajar Tahun 6 bersedia untuk UPSR kali ini.

Kertas peperiksaan UPSR 2010........

Tuesday, August 3, 2010

LAWATAN PERKEMBANGAN STAFF 2010

Lawatan Perkembangan Staff telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Julai yang lepas yang melibatkan hampir kesemua guru dan staf SKLK termasuk Cikgu Hassan yang sudi untuk bersama walaupun telah bersara.

Destinasi lawatan ialah Muzium Padi, Kilang HPA dan Padang Besar.

Beberapa orang guru dan staf mengambil peluang untuk bersarapan sebelum bas tiba.

Suasana dalam bas semasa perjalanan. Semua senyum memikirkan apa yang hendak dibeli di Padang Besar nanti.

Perjalanan ke pintu masuk Muzium Padi.

Muzium Padi. Kedah.

Cikgu Azli dan Cikgu Safri menikmati pemandangan indah di menara atas Muzium Padi.

Masih lagi guru lelaki yang menimba ilmu di Muzium Padi.

Cikgu Safri menghayati keindahan pemandangan dalam Muzium Padi.


Kilang HPA Industries, milik bumiputra sepenuhnya.

Ini bukan penyamun tetapi inilah yang terpaksa dilalui dalam proses lawatan ke dalam kilang supaya ubat-ubatan yang dihasilkan tidak terjejas.

Cikgu Mahadi dan Ustaz Abd Rahman dihadapan ribuan kotak kopi RADIX keluaran HPA.
'mai secawan'

Proses pembungkusan kopi RADIX yang didedahkan kepada peserta-peserta lawatan.
Manakala acara selepas lawatan ke kilang HPA adalah membeli-belah di Padang Besar.
( maaf! gambar semasa membeli-belah di Padang Besar tidak dapat disiarkan kerana guru-guru, terutama guru perempuan tidak dapat dikesan semasa membeli-belah, harap maklum )

. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute